Langsir merupakan elemen hiasan tingkap yang klasik dan serba boleh, memberikan keindahan, keselesaan dan identiti kepada sesebuah ruang. Di Ai Curtains, kami menawarkan pelbagai jenis rekaan langsir untuk memenuhi citarasa dan gaya dalaman anda seperti eyelet, pencil pleat, pinch pleat, pleat Singapura, French pleat dan ripple fold. Sama ada anda menginginkan gaya moden, klasik atau eksklusif, koleksi langsir kami hadir dalam pelbagai fabrik, tekstur dan warna. Sesuai untuk ruang tamu, bilik tidur, pejabat mahupun premis komersial, langsir kami bukan sahaja mencantikkan ruang, malah memberi fungsi privasi, penebatan haba dan kawalan cahaya untuk keselesaan harian.