Langsir Readymade
Shah Alam, Selangor, KL, Malaysia
Langsir siap pasang merupakan pilihan praktikal dan bergaya untuk keperluan tingkap anda. Di Ai Curtains, koleksi langsir siap kami tersedia dalam pelbagai saiz, warna dan rekaan yang sesuai untuk anda yang inginkan langsir cantik tanpa perlu menunggu tempahan khas. Dihasilkan daripada fabrik berkualiti dengan kemasan moden, langsir ini sesuai untuk ruang tamu, bilik tidur mahupun unit sewa. Mudah dipasang dan mesra bajet, langsir siap pasang ialah pilihan terbaik untuk kemaskini kediaman dengan cepat dan mudah.