Premium Singapore Pleat
Shah Alam, Selangor, KL, Malaysia
Langsir Singapore Pleats merupakan pilihan popular untuk hiasan dalaman moden dan elegan, menampilkan jahitan lipatan yang sekata bagi menghasilkan gaya kemas dan eksklusif. Dikenali dengan ketahanan serta reka bentuk yang tidak lapuk dek zaman, langsir ini terletak cantik dan mengekalkan bentuknya dalam jangka masa panjang. Sesuai untuk ruang tamu, bilik tidur, dan pejabat, Langsir Singapore Pleats memberikan kombinasi fungsi dan gaya kepada setiap tingkap. Di Ai Curtains, kami menawarkan Langsir Singapore Pleats tempahan khas di Selangor, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan banyak lagi dengan pelbagai pilihan fabrik, warna, dan rekaan yang esklusive untuk disesuaikan dengan tema dalaman anda.